Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api marak memusnahkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Mansiang, Menggatal dalam kejadian malam tadi yang turut mengorbankan seorang wanita warga emas. Foto JBPM

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Menggatal

ByTVS

KOTA KINABALU, 1 Julai: Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Kokol, Kampung Mansiang Menggatal di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada jam 9.02 malam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 malam sebelum sepasukan anggota dari BBP Lintas dan BBP Bantuan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi sejauh lapan kilometer.

“Kebakaran melibatkan rumah dua tingkat yang terbakar 100 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan dua pancutan dari sumber air jentera,” kata Komander Operasi, PBT II Laupen Nuar.

Sebanyak 20 anggota dikerah ke lokasi dengan kekuatan tiga jentera termasuk dua FRT, satu EMRS dan satu tangki air.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan