Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan petugas perubatan memberi bantuan kecemasan kepada salah seorang mangsa yang cedera dalam nahas malam tadi. Foto JBPM

Seorang maut, Isuzu D-Max rempuh lori di Sandakan

ByTVS

SANDAKAN, 1 Julai: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori berhampiran Ladang Sakilan, Batu 25 Sandakan malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.25 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Haikal Jatimin, 21, manakala penumpang Hasbir Baso, 30, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Komander Operasi, PBK I Alan Ayuh dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan tiba di lokasi pada jam 9.02 malam.

“Pasukan bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM,” katanya.

Operasi melibatkan tujuh anggota bomba dengan kekuatan dua jentera, masing-masing satu FRT dan satu EMRS.

Pemeriksaan lanjut turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.30 malam -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan