Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semakin banyak negara terjejas akibat pemerdagangan orang yang berkaitan dengan buruh paksa di pusat penipuan dalam talian yang diurus secara profesional, kata Interpol pada Isnin. Foto AFP

Interpol: Pemerdagangan orang berkait penipuan dalam talian meningkat

ByBernama

PARIS, 30 Jun: Semakin banyak negara terjejas akibat pemerdagangan orang yang berkaitan dengan buruh paksa di pusat penipuan dalam talian yang diurus secara profesional, kata Interpol pada Isnin, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Pertubuhan polis antarabangsa yang berpangkalan di Lyon, Perancis itu berkata mangsa datang dari 66 negara di semua benua.

Interpol menyifatkan situasi ini sebagai “krisis global” yang membabitkan ratusan ribu mangsa.

Pusat penipuan itu pada asalnya terletak di beberapa negara Asia Tenggara, dan analisis Interpol menunjukkan tiga daripada empat mangsa telah diperdagangkan ke rantau ini dalam tempoh lima tahun lepas.

Bagaimanapun, penyiasat kini turut menemukan pusat penipuan di Afrika Barat, Amerika Tengah dan Timur Tengah.

Menurut Interpol, mangsa biasanya diperdaya melalui tawaran pekerjaan palsu sebelum ditahan di kem, di mana mereka sering diugut dengan hutang palsu, dipukul, dieksploitasi secara seksual dan dalam sesetengah kes diseksa atau dirogol.

Di dalam pusat-pusat ini, mangsa dipaksa melakukan penipuan dalam talian dengan sasaran utama mencuri wang orang lain.

Interpol memberi amaran bahawa bentuk jenayah terancang ini sedang merebak dengan pantas dan menyeru tindakan respons bersepadu secara global.

Pihak berkuasa perlu mengukuhkan perkongsian maklumat antara negara yang terjejas serta bekerjasama rapat dengan organisasi yang menyokong mangsa.

Dengan 196 negara anggota, Interpol merupakan organisasi polis terbesar di dunia yang menyelaras kerjasama polis antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan