Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Terpedaya dengan iklan pelaburan saham dalam talian, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kerugian RM1.54 juta selepas ditipu sindiket penipuan siber. Foto hiasan Envato

Lelaki rugi RM1.54 juta terpedaya pelaburan saham palsu

BySalasiah Safian

MIRI, 30 Jun: Terpedaya dengan iklan pelaburan saham dalam talian, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an kerugian RM1.54 juta selepas ditipu sindiket penipuan siber.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan itu menerusi enjin carian Google sebelum klik pautan yang disediakan.

“Pengadu kemudian berurusan dengan individu dikenali sebagai Susan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudiannya membuat 22 transaksi pemindahan wang berjumlah RM1,540,458 ke lapan akaun bank berbeza, seperti diarahkan suspek, kononnya sebagai pelaburan saham.

Mohd Farhan berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila cuba menuntut keuntungan pelaburan namun suspek memberi pelbagai alasan mengelak.

Mohd Farhan berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung perkara itu semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap iklan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

“Semakan boleh dibuat menerusi laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my/financial dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di www.sc.com.my,” katanya.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian turut digesa segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Mereka juga boleh menyemak status nombor telefon atau akaun bank meragukan menerusi portal Semak Mule PDRM di semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan