Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran gelombang haba pertama musim ini bagi Seoul bermula tengah hari Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap. Foto AFP

Seoul keluar amaran gelombang haba pertama musim ini

ByBernama

SEOUL, 30 Jun: Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran gelombang haba pertama musim ini bagi Seoul bermula tengah hari Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum pada paras 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut atau lebih.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) turut mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kira-kira 20 wilayah di seluruh negara termasuk Daegu, Gwangju, pusat bandar Busan, barat Ulsan, timur Pulau Jeju, Gapyeong dan Icheon di Wilayah Gyeonggi, serta Gangneung di Wilayah Gangwon.

Amaran tahap tinggi itu dikeluarkan apabila suhu maksimum dirasai dijangka mencecah 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut, atau apabila risiko kerosakan besar akibat cuaca panas dijangkakan.

Pada Isnin, suhu maksimum dirasai di kebanyakan kawasan di negara itu berada antara 27 hingga 35 darjah Celsius, dan cuaca panas dijangka berterusan sehingga waktu malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan