Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga asing maut pertembungan dua buah motosikal

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 20 Sept: Seorang wanita warga asing maut selepas terlibat dalam satu kemalangan antara dua buah motosikal di sebuah ladang kelapa sawit pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal rakan senegaranya yang dikenali sebagai Superdin.

“Mereka bergerak dari arah pintu masuk Ladang Rantau menuju ke arah Jalan Tutus,” katanya dalam satu kenyataan.

Motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang ditunggang dua orang pekerja ladang sama.

“Pembonceng motosikal yang membawa mangsa (Superdin) mengalami kecederaan ringan manakala dua orang pekerja ladang yang membonceng sebuah lagi motosikal cedera parah.

“Kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu oleh pemandu ladang,” ujarnya.

Mangsa yang cedera di bahagian kepala dan muka, dikenali sebagai Atina merupakan seorang warga Indonesia berusia 41 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan