Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar ketika berucap pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia dan Majlis Pelepasan Bagi Labour Go Rural Area Programme (LGRAP) 6.0 hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

3,514 premis diperiksa, RM876,000 kompaun dikeluarkan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 30 Jun: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak memeriksa 3,514 premis majikan di seluruh negeri sehingga Mei 2025.

Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar berkata, sebanyak 390 notifikasi kesalahan dikeluarkan terhadap majikan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) manakala 729 kes buruh diterima dan dikendalikan oleh pejabat tenaga kerja negeri.

“Sebanyak 563 kompaun ditawarkan dengan jumlah keseluruhan RM876,000 manakala pampasan pekerja yang direkodkan sepanjang Januari hingga Mei 2025 mencecah RM31.47 juta,” katanya ketika berucap pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia dan Majlis Pelepasan LGRAP 6.0, di sini hari ini.

Beliau berkata, LGRAP 6.0 memberi fokus kepada pemahaman pindaan Ordinan Buruh Sarawak yang berkuat kuasa mulai 1 Mei dan meningkatkan kesedaran berkaitan hak pekerja serta tanggungjawab majikan.

“Program ini juga memberi pendedahan mengenai risiko bekerja di luar negara, pelaksanaan gaji minimum, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Suri Rumah serta penipuan tawaran kerja,” ujarnya.

LGRAP 6.0 berlangsung dari 30 Jun hingga 6 Julai melibatkan konvoi 21 kenderaan pacuan empat roda merangkumi destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan