Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta api Inter-City Express (ICE) berlepas dari stesen kereta api utama Munich. Foto fail AFP

Laluan rel Munich ke kaki bukit Alpine terputus

ByBernama

MUNICH, 29 Jun: Beberapa kegagalan sistem penukaran landasan kini menyukarkan perjalanan antara Bandar Munich di selatan Jerman dengan kawasan kaki bukit Alpine bagi pelancong, pengunjung harian dan penumpang ulang-alik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Laman sesawang Kereta Api Wilayah Bavaria (BRB) melaporkan pada Ahad bahawa perkhidmatan kereta api antara Stesen Pusat Munich dan Bandar Holzkirchen, tempat beberapa laluan cawangan wilayah bertemu, kini tergendala.

Gangguan ini dijangka berterusan sehingga akhir Julai.

Masalah bermula pada petang Jumaat, menyebabkan kelewatan teruk pada rangkaian BRB Oberland dan Chiemgau-Inntaland serta laluan tren pinggir bandar S3.

Kereta api wilayah dari kawasan lebih selatan seperti Tegernsee, Lenggries, Bayrischzell dan Rosenheim kini hanya beroperasi hingga Holzkirchen sebelum berpatah balik.

Pengendali rel Jerman, Deutsche Bahn (DB), telah menyediakan perkhidmatan pengganti menggunakan bas dan teksi besar antara Daerah Giesing di Munich dan Holzkirchen.

Norbert Moy daripada persatuan penumpang Pro Bahn menyifatkan masalah ini sebagai “satu bencana”.

Beliau berkata seluruh kawasan bergantung kepada laluan terjejas ini, terutamanya pada musim puncak destinasi terbabit, apabila tren biasanya “penuh sesak”.

Perkhidmatan ini tidak dapat digantikan dalam tempoh singkat, katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan