Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Sumber Air China mengaktifkan pada Ahad tindak balas kecemasan Tahap 4 terhadap banjir di Chongqing, Sichuan dan Gansu susulan pusingan baharu hujan lebat. Foto AFP

China aktifkan tindak balas kecemasan banjir di tiga wilayah

ByBernama

BEIJING, 29 Jun: Kementerian Sumber Air China mengaktifkan pada Ahad tindak balas kecemasan Tahap 4 terhadap banjir di Chongqing, Sichuan dan Gansu susulan pusingan baharu hujan lebat, lapor Xinhua.

Dalam beberapa hari akan datang, tiga wilayah peringkat provinsi itu dijangka mengalami hujan lebat yang boleh menyebabkan paras sungai melepasi paras amaran.

Pihak berkuasa di wilayah terbabit digesa untuk meningkatkan pemantauan masa nyata terhadap paras sungai dan hujan, mengeluarkan amaran tepat pada masanya, serta melaksanakan pemindahan jika perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda, menurut kementerian itu.

China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat, dengan Tahap 1 sebagai tahap tindak balas paling tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan