Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto TVS

Muzik jambatan perpaduan budaya di Sabah

ByMahathir Haroun

KOTA KINABALU, 29 Jun: Kepelbagaian budaya di Sabah sebagai kekuatan dan simbol perpaduan Malaysia, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, Sabah bukan sekadar Negeri di Bawah Bayu malah merupakan lambang keharmonian budaya dengan 42 kumpulan etnik peribumi dan lebih 200 subetnik yang masing-masing membawa warisan, bahasa dan pandangan dunia tersendiri.

“Setiap kelompok, walau sekecil mana pun menyumbang kepada kekayaan budaya Sabah yang menjadikan negeri ini simbol hidup kekuatan masyarakat majmuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kemuncak Pertandingan ‘Lagu Kita’ Sabah Multicultural Songwriting and Band Competition di Auditorium Kompleks JKKN Kota Kinabalu hari ini.

Menurutnya, perpaduan dan kepelbagaian budaya bukan sahaja memperkukuh identiti negara malah menjadi aset dalam diplomasi, inovasi dan pelaburan.

Sehubungan itu, Aaron menyeru agensi kerajaan persekutuan dan negeri mempergiatkan usaha dalam menganjurkan program pertukaran budaya dan festival seni peringkat kebangsaan.

Sementara itu menurutnya, pertandingan ‘Lagu Kita’ yang dimulakan sejak Jun 2024 bertujuan meraikan kepelbagaian budaya Sabah dan mengangkat bakat muda tempatan.

“Kementerian Perpaduan Negara menyumbang geran sebanyak RM30,000 sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif ini.

“Dalam pertandingan ini, muzik menjadi bahasa sejagat iaitu jambatan yang merentasi agama, bahasa dan adat. Apabila irama Kadazan-Dusun berpadu dengan rentak Bajau, itulah simbol perpaduan sebenar,” ujarnya.

Pada masa sama, Aaron mengiktiraf peserta sebagai bukan sekadar penghibur tetapi juga penjaga budaya dan duta perpaduan.

“Gunakan muzik untuk menyatukan bukan memecah belah. Untuk menyembuh, bukan melukakan. Untuk menghubungkan, bukan menakluk,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan