DAR ES SALAAM, 29 Jun: Sekurang-kurangnya 38 orang maut manakala 28 lagi cedera pada petang Sabtu apabila dua buah bas bertembung sebelum terbakar di Daerah Moshi, wilayah utara Kilimanjaro, Tanzania, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Wilayah Kilimanjaro Nurdin Babu, memaklumkan kepada Xinhua dalam wawancara telefon pada Ahad bahawa mangsa termasuk ahli keluarga yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan di Perbandaran Moshi.
Babu berkata nahas berlaku sekitar pukul 5 petang waktu tempatan (1400 GMT) selepas tayar hadapan salah sebuah bas meletup, menyebabkan kebakaran yang membakar kedua-dua kenderaan dan mengakibatkan korban jiwa dalam kedua-dua bas terlibat.
Beliau menambah bahawa daripada 28 penumpang yang cedera, 22 telah menerima rawatan dan dibenarkan keluar hospital, manakala enam masih dirawat.-TVS