Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaisyah Batrisya Putit, 10, pelajar SK RPR Jalan Astana memenangi Royal Grand Winner World Junior Tourism Ambassador International 2025. Foto TVS

Pelajar cilik Sarawak dinobatkan Royal Grand Winner

ByAbdullah

KUCHING, 29 Jun: Seorang pelajar cilik dari Sarawak, Aaisyah Batrisya Putit, 10, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Royal Grand Winner World Junior Tourism Ambassador International 2025 sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran berprestij itu.

Pelajar Sekolah Kebangsaan RPR Jalan Astana itu berjaya mengetepikan 25 peserta lain dari 10 negara dalam edisi kedua pertandingan antarabangsa tersebut yang bertujuan mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan negara melalui bakat generasi muda.

“Saya sangat gembira kerana dapat menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi gelaran ini,” kata Aaisyah penuh semangat dalam temu bual bersama media.

Menurut ibunya, Suraini Bujang yang juga seorang guru, jadual Aaisyah diatur dengan teliti bagi memastikan pembelajaran tidak terjejas, dengan latihan hanya dijalankan pada hujung minggu.

Aaisyah dibimbing oleh Angela Martin iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Angel Impact Management dalam latihan catwalk, tarian dan pengucapan awam.

Aaisyah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Ahad disambut oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sebelum ini, Aaisyah turut menjuarai Mini Miss Global International 2024 yang menjadi asas penting dalam persiapan intensifnya selama enam bulan menjelang kejohanan kali ini.

World Junior Tourism Ambassador International merupakan platform antarabangsa yang menonjolkan bakat kanak-kanak sebagai duta kecil pelancongan dengan memfokus kepada keindahan destinasi, keunikan budaya dan kekayaan warisan negara masing-masing.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found