MOSCOW, 29 Jun: Senat Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan “One Big Beautiful Bill” yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump dengan undian majoriti, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan NBC News.
Dewan Perwakilan AS sebelum ini meluluskan rang undang-undang yang dipromosikan Trump pada Mei lepas, yang mengurangkan perbelanjaan persekutuan namun pada masa sama memberikan pemotongan cukai yang besar. Menurut Pejabat Belanjawan Kongres, langkah ini dijangka meningkatkan kedua-dua defisit belanjawan dan hutang negara.
Dilaporkan seramai 51 anggota mengundi menyokong rang undang-undang itu manakala 49 lagi menolaknya.
Sehari sebelum itu, usahawan bilionair AS Elon Musk mengkritik versi terkini rang undang-undang pemotongan perbelanjaan kerajaan itu, dengan menyatakan bahawa dokumen itu boleh memusnahkan jutaan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat. – TVS