Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Adventure Touring Motorsports (ATMS) Muhammad Arashid Ramli (dua, kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM25,000 kepada Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Suhaimi Zulkifli (dua, kanan) di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, hari ini. Foto Bernama

Kelab Motosikal serah RM25,000 kepada keluarga pelajar UPSI terbabit nahas

ByBernama

TANJUNG MALIM, 29 Jun: Kelab motosikal berkuasa tinggi Adventure Touring Motorsports (ATMS) menyerahkan sumbangan sebanyak RM25,000 bagi meringankan beban keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan pada 9 Jun lepas.

Presiden ATMS Muhammad Arashid Ramli berkata pihaknya bersama 200 ahli kelab dari negeri utara Semenanjung termasuk individu persendirian mengambil masa kira-kira dua minggu untuk mengumpul sumbangan itu.

“Kami bersepakat mengumpul sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terkesan dengan insiden itu,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu kepada Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar UPSI Suhaimi Zulkifli di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di sini hari ini.

Sementara itu, Suhaimi menzahirkan ucapan terima kasih kepada kelab motosikal ATMS atas sumbangan yang diberikan.

“Secara tidak langsung sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa.

Dalam kejadian pada awal pagi 9 Jun lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan