Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin. Foto Majlis Sukan Negara (Facebook)

MSN sambut baik usaha MAS cari perenang warisan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik usaha yang dilakukan Akuatik Malaysia (MAS) untuk mencari perenang warisan bagi memperkuatkan lagi skuad renang kebangsaan.

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata pihaknya bersedia membantu mana-mana atlet warisan yang dirasakan mampu untuk menyumbang kepada sukan Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata perenang warisan itu perlulah terlebih dahulu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MSN.

“Mereka hanya diberikan bantuan sekiranya layak untuk memasuki Program Podium dan juga program-program yang lain. Jadi, tidak ada sebarang implikasi kewangan yang lebih.

“Sebagaimana atlet-atlet lain, mereka perlu melepasi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MSN untuk masuk dalam program, mahupun oleh pihak OCM (Majlis Olimpik Malaysia) bagi mewakili negara ke temasya sukan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Semalam, MAS mendedahkan persatuan itu kini sedang menggiatkan usaha menjejaki perenang warisan yang berpangkalan di luar negara.

Pengerusi Renang MAS Marilyn Chua berkata pihaknya sudah mengenal pasti lima calon yang sesuai berusia dalam lingkungan 14 hingga 19 tahun.

Dalam pada itu, Jefri memuji kepimpinan PSM di bawah presidennya Datuk Mohd Sumali Reduan yang disifatkan lebih baik berbanding sebelum ini.

Justeru, beliau berharap persatuan sukan lain dapat mencontohi kebangkitan yang dilakukan PSM sehingga persatuan itu berada pada tahap terbaik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan