Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China menegaskan bahawa pihaknya menolak sebarang negara yang membuat perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dengan mengorbankan kepentingan China bagi mendapatkan apa yang disebut sebagai “kelonggaran tarif”, kata jurucakap Kementerian Perdagangan pada Sabtu. Foto AFP

China tegas tolak sebarang perjanjian tarif yang jejaskan kepentingannya

ByBernama

BEIJING, 29 Jun: China menegaskan bahawa pihaknya menolak sebarang negara yang membuat perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) dengan mengorbankan kepentingan China bagi mendapatkan apa yang disebut sebagai “kelonggaran tarif”, kata jurucakap Kementerian Perdagangan pada Sabtu, menurut Xinhua.

“Jika situasi sebegini berlaku, China tidak akan menerimanya dan akan mengambil langkah balas tegas untuk mempertahankan hak dan kepentingan sahnya,” kata jurucakap itu ketika menjawab pertanyaan media mengenai rundingan perdagangan AS dengan ekonomi lain baru-baru ini.

“Sejak April, AS telah mendesak apa yang disebut sebagai ‘tarif timbal balik’ ke atas rakan perdagangannya. Ini adalah tindakan buli unilateral yang tipikal dan menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala serta mengganggu ketertiban perdagangan antarabangsa,” katanya sambil menegaskan bahawa China sentiasa dan konsisten menolak amalan sedemikian.

Jurucakap itu berkata China mengalu-alukan usaha negara lain untuk menyelesaikan perbezaan perdagangan dengan AS melalui rundingan di atas dasar kesamarataan, selain menggesa semua pihak untuk menjunjung keadilan, berpihak kepada sejarah dan mempertahankan peraturan perdagangan antarabangsa serta sistem perdagangan pelbagai hala.

“Telah terbukti bahawa hanya dengan mempertahankan prinsip dan pendirian secara tegas, sesebuah negara dapat benar-benar melindungi haknya yang sah,” kata jurucakap itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan