Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bukan hendak cari salah hospital – Khairy Jamaluddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Sept : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan beliau melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang semalam bukan bertujuan untuk mencari salah pihak hospital.

Sebaliknya beliau ingin melihat dengan lebih dekat tentang operasi hospital – hospital di Lembah Klang yang sebelum ini menerima limpahan pesakit COVID-19.

” Pada Julai lepas, kita mengetahui bahawa majoriti hospital di ibu negara terbeban apabila jumlah kemasukan pesakit ke wad bertambah dengan drastik namun baru -baru ini saya mendapat laporan baharu keadaan semakin baik. Oleh itu, saya pergi ke Hospital Kajang semalam untuk melihat sendiri keadaan terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika melakukan lawatan kerja ke Kedah hari ini.

Petang semalam, Khairy Jamaluddin ‘mengejutkan’ petugas dan pesakit di beberapa wad di Hospital Kajang apabila muncul secara tiba -tiba di hospital berkenaan dengan hanya diringi oleh seorang pegawainya dan video serta gambar lawatan berkenaan tular di media sosial.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau tidak berniat untuk mencari kesalahan Pengarah Hospital apabila tidak memaklumkan lawatannya terlebih dahulu.

” Saya tidak bermaksud begitu (cari salah) namun apabila mengadakan lawatan secara spontan seperti semalam, saya berpeluang bercakap dengan petugas seperti doktor, jururawat dan sebagainya selain memberi semangat kepada mereka yang melaksanakan tugas ketika pandemik ini,” katanya.

Secara bergurau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mengadakan lawatan spontan ke lebih banyak hospital selepas ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa MySejahtera berjaya menyelesaikan lebih 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi tersebut dalam tempoh seminggu.

Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum aduan berhubung masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi itu setelah individu menerima vaksinasi dos pertama atau dos kedua dan akan terus memastikan aplikasi itu mengemaskini maklumat penerima vaksin. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan