Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UK rampas kokain bernilai £100 juta di pelabuhan. Foto fail AFP

UK rampas kokain bernilai £100 juta di pelabuhan

ByBernama

LONDON, 28 Jun: Pegawai Pasukan Sempadan United Kingdom telah merampas 2.4 tan kokain dengan nilai hampir £100 juta (US$137 juta) antara rampasan dadah terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor PA Media/dpa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri UK, rampasan besar itu ditemukan di bawah kontena pada sebuah kapal yang tiba di pelabuhan London Gateway dari Panama awal bulan ini hasil operasi berasaskan risikan.

Dengan bantuan pengendali pelabuhan, pegawai memindahkan 37 kontena besar untuk mengakses dadah tersebut.

Dadah bernilai dianggarkan £96 juta (US$132 juta) itu merupakan rampasan kokain keenam terbesar sejak rekod bermula.

Menteri Migrasi dan Kewarganegaraan Seema Malhotra berkata sindiket dadah yang cuba membawa masuk bahan terlarang ke UK menjadi racun kepada masyarakat.

“Kami akan menggunakan segala cara untuk membanteras sindiket jenayah terancang yang membawa ketagihan, penderitaan dan kematian kepada komuniti di Britain.

“Tahniah kepada pegawai Pasukan Sempadan Maritim atas kejayaan operasi ini yang telah memberi tamparan hebat kepada penjenayah yang mengancam negara kita,” kata Malhotra.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kematian berkaitan kokain di England dan Wales meningkat 31 peratus antara 2022 dan 2023.

Pengarah Pasukan Sempadan Maritim Charlie Eastaugh berkata rampasan ini menunjukkan bagaimana pasukan mereka sentiasa selangkah di hadapan penjenayah yang mengancam keselamatan negara.

“Mesej kami kepada penjenayah ini jelas – kami menggunakan risikan dan kerjasama penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk mengganggu dan memusnahkan operasi anda,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan