Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.52 pagi.

Pelancong warga New Zealand cedera jatuh di Air Terjun Rimba Kanching

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Seorang pelancong wanita warga New Zealand cedera selepas terjatuh dari ketinggian lebih enam meter di Air Terjun Rimba Kanching, Rawang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.52 pagi.

Beliau berkata sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang wanita warga New Zealand berusia 52 tahun telah terjatuh dari kawasan air terjun dengan ketinggian melebihi enam meter.

“Mangsa mengalami kecederaan pada kaki, tangan kiri dan bahagian tulang belakang, namun masih berada dalam keadaan sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa berjaya dibawa turun dari lokasi kejadian pada pukul 2.15 petang sebelum dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan