Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Kerajaan Sarawak komited selesaikan isu tanah NCR

BySalasiah Safian

LIMBANG, 28 Jun: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak.

Beliau bagaimanapun berharap agar keprihatinan itu disusuli dengan usaha memastikan peruntukan yang mencukupi terus disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyokong program penyukatan tanah di wilayah ini.

“Kita ucap terima kasih kepada Nurul Izzah atas keprihatinannya mengenai isu tanah NCR. Namun kita juga berharap agar peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan terus disalurkan kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Nakod Babulang dan Lumba Kerbau 2025 di Kampung Batu Danau di sini, hari ini.

Menurut Awang Tengah, setakat ini lebih 1.2 juta hektar tanah NCR telah disukat, menggambarkan pencapaian signifikan hasil usaha berterusan Kerajaan Sarawak.

“Ini merupakan program berterusan dan selagi ia dikehendaki rakyat, Kerajaan Sarawak komited untuk meneruskannya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan