Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 Sarawak: 20 kematian baharu, 2,707 kes positif

ByOdleen Catherny

KUCHING, 19 Sept : Sarawak hari ini mencatatkan 20 kematian baharu akibat wabak COVID-19 dengan 2,707 kes positif harian diumumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Sebanyak 99.74 peratus kes positif pada Ahad adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala 0.26 peratus daripada kategori 3,4 dan 5.

“Kesemua kes kematian pula adalah dari kalangan mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan merupakan golongan berisiko tinggi,” kata JPBN Sarawak dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, JPBN Sarawak turut mengesan satu kluster baharu iaitu sebuah kluster tempat kerja dinamakan sebagai Kluster Jalan Taman Raja, Miri.

“Kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pekerja sebuah (1) premis makanan yang terletak di King’s Commercial Park, Miri.

“Sebanyak 151 individu telah disaring dan 24 daripadanya didapati positif termasuk kes indeks,” tambah kenyataan terbabit.

Sementara itu, JPBN Sarawak mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) ke atas 23 lokasi melibatkan daerah Bintulu, Tatau, Sri Aman, Marudi, Limbang, Lubok Antu, Meradong dan Pakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan