Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan APM semasa operasi SAR mangsa dipercayai diserang buaya. Foto JBPM

Mangsa serangan buaya ditemui

ByMahathir Haroun

KUCHING, 28 Jun: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di tebing sungai berhampiran Jalan Matang-Kampung Paroh menuju Taman Sri Matang malam semalam ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan buaya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jacob Tuan, 32, ditemukan pada jam 12.30 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius 300 meter dari lokasi kejadian.

“Insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada 27 Jun (Jumaat) apabila mangsa dipercayai dibaham buaya ketika memancing.

“Ahli keluarga mangsa segera menghubungi pihak polis untuk bantuan sebelum pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.30 malam,” katanya.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai Muhammad Fazly Ibrahim tiba di lokasi pada jam 10.37 malam dengan kekuatan tujuh anggota bersama empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBB SWART) Telaga Air serta sebuah jentera Hilux dan sebuah bot.

“Mangsa ditemukan terapung oleh pasukan SAR sebelum dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.52 tengah hari selepas kawasan disahkan selamat,” ujarnya.

Sementara itu, JBPM Sarawak merakamkan penghargaan atas kerjasama semua agensi terlibat dan menyeru orang awam agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berhampiran kawasan sungai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan