Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi. Foto Bomba KL

Mayat lelaki dewasa ditemukan terapung di Taman Tasik Danau Kota

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jun:  Mayat lelaki dewasa yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di tengah-tengah tasik di Taman Tasik Danau Kota, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu pada 8.16 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Zulkefri Abdul Malik berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati satu mayat lelaki dewasa terapung di tengah tasik. Anggota operasi menggunakan tali dan pengusung (stretcher) untuk membawa mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat berkenaan berjaya dibawa naik kira-kira 40 minit kemudian pada 8.56 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan