Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan keterjaminan tenaga dan air adalah antara tonggak utama dalam membangunkan negara maju. Foto Fadillah Yusof (FB)

Malaysia perlu bakat, kepakaran teknikal dalam sektor tenaga – TPM Fadillah

ByBernama

MOSCOW, 28 Jun: Malaysia amat memerlukan bakat dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan elektrik, tenaga boleh baharu, sistem grid dan teknologi nuklear seiring dengan tumpuan kerajaan dalam sektor tenaga masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata peluang kerjaya dalam bidang ini semakin meluas, bukan hanya dalam sektor awam, malah di syarikat teknologi tinggi yang sedang berkembang pesat.

Menurutnya kerajaan menjangkakan tenaga nuklear akan memainkan peranan yang lebih besar dalam campuran tenaga nasional justeru itu sedang mengkaji secara serius penggunaan tenaga nuklear sebagai antara pilihan strategik bagi memastikan keterjaminan tenaga untuk generasi akan datang.

“Lawatan ke Rusia memberi peluang meneliti teknologi, keselamatan dan model pengoperasian loji tenaga nuklear yang berpotensi untuk disesuaikan di Malaysia,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Rusia di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dihadiri 150 pelajar dan delegasi Timbalan Perdana Menteri ke Rusia.

Fadillah menegaskan keterjaminan tenaga dan air adalah antara tonggak utama dalam membangunkan negara maju.

Menurut beliau kedua-dua sektor ini menjadi keutamaan dalam perbincangan dua hala bersama kerajaan Rusia.

“Pelabur menunjukkan minat yang tinggi terhadap potensi sektor tenaga di Malaysia terutama dalam bidang teknologi tinggi dan lestari,” katanya.

Selain itu, Fadillah berkata keyakinan politik yang kukuh ini menjadi asas penting untuk pertumbuhan ekonomi dan pelaburan asing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan