AUCKLAND (New Zealand), 28 Jun: Cuaca buruk melanda beberapa wilayah di New Zealand melibatkan Pulau Utara dan Pulau Selatan, lapor Xinhua.
Di Auckland yang merupakan bandar terbesar negara itu, penerbangan ke Lapangan Terbang Auckland telah ditangguh, dibatalkan atau dialihkan ke lapangan terbang lain akibat angin kencang.
Hujan lebat dan angin kencang turut menyebabkan banjir setempat, manakala sebuah bangunan di Auckland dilaporkan runtuh akibat angin kuat.
Had laju di Jambatan Pelabuhan Auckland telah dikurangkan kepada 90 km/j apabila angin kencang melanda bandar itu pada pagi Jumaat, menurut Agensi Pengangkutan New Zealand.
Amaran Hujan Lebat Jingga turut dikeluarkan untuk beberapa wilayah di Pulau Selatan yang dijangka berakhir pada petang Jumaat.
Hujan lebat dan banjir turut memaksa beberapa penduduk di Wilayah Marlborough berpindah pada pagi Jumaat. – TVS