Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat Kanser Sarawak perlu ditubuhkan segera

ByOdleen Catherny

KUCHING, 19 Sept : Kerajaan perlu menubuhkan segera Pusat Kanser di negeri ini, tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, ia amat diperlukan lebih-lebih lagi apabila kos rawatan pesakit yang semakin meningkat.

“Penubuhan pusat kanser itu hampir dimuktamadkan sebelum ini bersama-sama mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Bagi merealisasikan usaha itu, pihak kerajaan negeri akan bekerja rapat dengan kerajaan persekutuan ketika ini,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, baru-baru ini.

Beliau akui, dengan perubahan kerajaan persekutuan baru-baru ini, pihaknya perlu sekali lagi melalui  proses permohonan dari peringkat awal dan akan bekerja semula dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai pusat tersebut.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah bersedia untuk  menawarkan pilihan kewangan kepada kerajaan persekutuan bagi membolehkan kemudahan kanser terbaik dalam negeri secepat mungkin ditubuhkan secepat mungkin demi rakyat Sarawak,” ujarnya.

Jelas Dr Sim, inisiatif terbabit timbul atas dasar keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib masyarakat yang terpaksa menanggung kos rawatan kanser yang tinggi sehingga ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan swasta walaupun dengan insurans.

Tambahnya, kanser merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai nombor dua membebankan selepas penyakit jantung di Sarawak.

Sarawak katany, masih kekurangan fasiliti kanser yang komprehensif sehingga pesakit negeri ini terpaksa berhijrah ke luar negeri semata-mayta untuk mendapatkan rawatan.

Pada masa sama, beliau memberitahu Pusat Jantung Sarawak kini dibekalkan alat pengesan Tomografi Berkomputer Pelepasan Foton Tunggal (SPECT) yang bernilai RM11.63 juta.

Kemudahan ini kelak katanya akan meningkatkan lagi kapasiti jabatan nuklear bagi menyokong perkhidmatan kanser di negeri ini.

“Siemens SPECT ini adalah tiga daripada tujuh peralatan perubatan yang diluluskan bagi 2020-2021 oleh kementerian kesihatan malaysia (KKM) di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) Plus,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan