Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah terima cenderamata daripada pihak PMM susulan lawatan kementeriannya di pejabat itu. Foto Media @ YBDSFA

Sarawak aplikasi model data PNM lonjak usahawan wanita

ByMuqri Aziz

BINTULU, 27 Jun: Kerajaan Sarawak berhasrat memanfaatkan penggunaan data secara masa nyata (real-time) dalam memperkasa usahawan wanita, selaras dengan usaha meningkatkan pendapatan isi rumah dan membasmi kemiskinan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, inisiatif tersebut antara tumpuan utama lawatan kerja beliau bersama delegasi kementerian ke Ibu Pejabat Permodalan Nasional Madani (PNM) di Indonesia, baru-baru ini.

Menurutnya, penggunaan papan pemuka (dashboard) data oleh kerajaan Indonesia membolehkan pemantauan langsung terhadap keberkesanan program usahawan wanita, termasuk prestasi pendapatan serta kawasan yang memerlukan intervensi segera.

“Saya sangat tertarik dengan penggunaan dashboard mereka yang memaparkan data real-time, termasuk jumlah usahawan wanita yang terlibat, peningkatan pendapatan mereka, serta lokasi masalah yang memerlukan intervensi segera.

“Dengan adanya dashboard seperti ini, saya percaya keberhasilan usaha kita di Sarawak dalam meningkatkan pendapatan wanita menerusi program-program keusahawanan kerajaan akan menjadi lebih baik dan lebih terukur,” katanya kepada TVS selepas Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak 1447H/2025M di Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Delegasi kementerian turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Pengarah PNM, Arief Mulyadi, bagi berkongsi pandangan dan menimba pengalaman berkaitan pembangunan ekonomi inklusif serta pemerkasaan wanita melalui pembiayaan mikro.

Fatimah menegaskan pendekatan berasaskan data ini selari dengan fokus Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang menumpukan kepada pembangunan wanita sebagai tonggak ekonomi keluarga dan komuniti.

Delegasi kementerian juga meninjau kejayaan usahawan wanita di Bandung dalam penghasilan kraftangan dan bidang keusahawanan, sekali gus membuka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh ekosistem usahawan wanita di Sarawak.

Fatimah menegaskan Sarawak akan terus memanfaatkan amalan terbaik serantau untuk memastikan golongan wanita diperkasa secara menyeluruh sebagai pemacu ekonomi keluarga dan komuniti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan