Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suntikan dos ketiga vaksin mungkin dilaksanakan Oktober – Khairy Jamaluddin

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Sept : Pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 untuk golongan berisiko seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkemungkinan akan mula dilaksanakan pada bulan depan.

Ke arah itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada setiap syarikat pengeluar vaksin untuk dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum kelulusan diberikan.

Ujar Khairy Jamaluddin, ketika ini, NPRA hanya meluluskan suntikan dua dos dan proses berkenaan dijangka akan selesai dalam tempoh antara seminggu hingga dua minggu lagi.

” Ketika ini, tiga jenis vaksin utama yang diberi kepada rakyat iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac hanya merangkumi suntikan dua dos sahaja. Selepas maklumat yang diperlukan lengkap, saya akan buat keputusan sama ada kita akan laksanakan pemberian vaksin dos bercampur atau sebaliknya namun saya ingin tegaskan, Malaysia mempunyai bekalan vaksin mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan dan meninjau perlaksanaan program vaksin di Kedah.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga suntikan vaksin COVID-19 sebagai usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan COVID-19.

Mengulas lanjut mengenai suntikan dos ketiga vaksin, Khairy Jamaluddin berkata, selepas langkah berkenaan dilaksanakan kepada golongan berisiko tinggi, ia akan diperluaskan kepada kumpulan lain yang memerlukan.

“Ini (dos ketiga) sangat penting kerana berdasarkan data, kes kematian dan kemasukan pesakit COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terdiri daripada warga emas, golongan komorbid yang mempunyai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan