Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Naim Al-Amin ketika ditemui media selepas ASEAN Youth ESports Championships 2025 di Esports Intergated @ Spacerubix,. Foto Bernama

Atlet e-sukan bakal jalani bootcamp, persediaan ke sukan SEA Thailand

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Kesemua atlet e-sukan yang akan mewakili negara ke Sukan SEA 2025 di Thailand akan menyertai beberapa bootcamp sebagai persediaan menghadapi temasya dwitahunan itu.

Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al-Amin Saharudin berkata bootcamp yang dijadual berlangsung dari September hingga November itu bukan sahaja merangkumi latihan intensif, sesi simulasi perlawanan, analisis permainan dan bimbingan jurulatih profesional, tetapi juga melibatkan psikologi dan elemen kenegaraan.

“Atlet yang kita akan pilih ke Sukan SEA perlu menghadiri beberapa bootcamp terlebih dahulu. Dari situ kita akan lihat prestasi dan komitmen mereka sebelum dipilih mewakili negara,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, Muhammad Naim Al-Amin memaklumkan Ft eFootball Mobile tidak akan dipertandingkan di Sukan SEA 2025.

Beliau berkata tuan rumah bersetuju menyenaraikan empat judul permainan e-sukan untuk dipertandingkan di temasya itu iaitu Mobile Legends Bang Bang, Arena Of Valor, FC Online dan Free Fire.

“Kita akan sertai kesemua acara yang dipertandingkan. Ketika ini kita sudah ada senarai panjang pemain untuk setiap judul permainan yang dipertandingkan,” katanya.

Pada Sukan SEA edisi lepas di Kemboja, Malaysia berjaya membawa pulang dua pingat perak dan dua gangsa dalam acara e-sukan.

Kali terakhir Malaysia memperoleh pingat emas dalam acara e-sukan ialah menerusi Dr Yew Weng Kean pada edisi 2019 di Filipina. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan