Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Air India jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam perjalanan ke London itu terhempas pada 12 Jun sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad. Foto fail AFP

Kerajaan India analisis data kotak hitam pesawat terhempas

ByBernama

NEW DELHI, 27 Jun: Kerajaan India pada Khamis memaklumkan bahawa data kotak hitam pesawat Air India Penerbangan AI-171 yang terhempas baru-baru ini di negeri Gujarat, barat India, telah dimuat turun bagi membolehkan urutan kejadian sebelum nahas dapat dikenal pasti, lapor Xinhua.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam Persekutuan India, analisis terhadap data Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR) sedang dijalankan.

Menurut kementerian itu, Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat telah segera melancarkan siasatan dan menubuhkan pasukan pelbagai disiplin pada 13 Jun selaras dengan norma dan protokol antarabangsa.

Pasukan berkenaan merangkumi pakar perubatan penerbangan, kawalan trafik udara dan pakar teknikal dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB), sebagaimana yang diwajibkan oleh perjanjian antarabangsa memandangkan pesawat itu dikeluarkan di AS.

Pesawat Air India jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam perjalanan ke London itu terhempas pada 12 Jun sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, kira-kira 17 kilometer di selatan Gandhinagar, ibu negeri Gujarat, mengorbankan kesemua penumpang kecuali seorang daripada 242 orang di dalam pesawat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan