Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gurun Atacama di utara Chile, yang dikenali sebagai gurun paling kering di dunia, dilitupi salji dalam kejadian jarang berlaku, lapor agensi berita TASS memetik pemerhatian balai cerap ALMA pada Khamis. Foto AFP

Salji selimuti gurun paling kering di dunia di Chile

ByBernama

BUENOS AIRES, 27 Jun: Gurun Atacama di utara Chile, yang dikenali sebagai gurun paling kering di dunia, dilitupi salji dalam kejadian jarang berlaku, lapor agensi berita TASS memetik pemerhatian balai cerap ALMA pada Khamis.

“Salji turun di Gurun Atacama, yang paling kering di dunia,” menurut kenyataan balai cerap itu menerusi hantaran di platform media sosial X, disertakan dengan rakaman video fenomena luar biasa itu.

Kali terakhir salji direkodkan di kawasan tersebut adalah sedekad lalu.

Terletak di dataran tinggi, iklim yang amat kering di Gurun Atacama menjadikannya antara lokasi paling sesuai di dunia untuk pemerhatian angkasa lepas dan penubuhan balai cerap astronomi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan