Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kedai makan ‘dikunjung’ kera

ByNur Suhaida Muliyono

LIMBANG, 19 Sept: Orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seekor monyet belanda atau kera yang dipercayai sesat dan memasuki sebuah premis kedai makan dalam bangunan Anjung Usahawan di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pasukan penyelamat menerima panggilan pada 5.03 petang Sabtu daripada pihak Anjung Usahawan.

“Pasukan bomba bertindak menangkap kera tersebut dengan menggunakan penjerut.

“Operasi menangkap monyet Belanda itu mengambil masa kira-kira tujuh minit,” katanya.

Kera itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asalnya iaitu belukar berhampiran. -TVS

Tags: #bm, #kera

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan