Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet lompat tinggi wanita negara Norliyana Kamaruddin. Foto fail Olahraga Malaysia

Lompat tinggi: Norliyana dipantau rapi menjelang Sukan SEA 2025 Thailand

ByBernama

SEPANG, 27 Jun: Atlet lompat tinggi wanita negara Norliyana Kamaruddin akan menjalani pemantauan rapi selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut serta buku lali menjelang temasya Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini.

Jurulatih atlet berkenaan Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata ia bertujuan memastikan hasrat untuk atlet berusia 34 tahun itu memburu pingat emas di temasya dwitahunan berkenaan kekal membara.

“Tahun lepas kita fokuskan jalani pemulihan kecederaan dialaminya. Terbuka Thailand yang disertai ini kejohanan ketiga disertainya selepas Terbuka Filipina dan Terbuka Perak dengan masing-masing mencatatkan rekod lompatan bawah 1.80 meter (m).

“… faktor usia maka kita kena sasarkan beberapa kejohanan dan tidak boleh sertai kesemua sekali. Mungkin hanya empat (kejohanan) sahaja sebelum ke Sukan SEA dan saya harap dia dapat kekalkan prestasi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam, sejurus kembali daripada kejohanan Terbuka Thailand.

Terdahulu, Norliyana merangkul pingat emas selepas melakukan lompatan 1.75m pada kejohanan itu.

Had ketinggian itu secara tidak langsung mengatasi catatan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023 Kemboja, iaitu 1.73m dilakukan Michelle Sng Suat Li dari Singapura.

Selain mengelakkan kecederaan, Malik turut mahu atlet itu terus membina momentum bagi menyaingi rekod lompatan melebihi 1.80m yang dicapai atlet tuan rumah yang juga pemenang emas pada temasya edisi lepas.

Untuk rekod, Norliyana memiliki catatan peribadi terbaik 1.82m. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan