Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman bagi mengawal api merebak. Foto JBPM Sarawak

Dua cedera, sembilan kedai musnah dalam kebakaran di Tatau

TATAU, 27 Jun: Dua lelaki melecur di tangan ketika cuba memadam kebakaran yang memusnahkan sembilan kedai tidak kekal di Jalan Tatau–Sangan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam, kedua-dua mangsa cedera ketika cuba mengawal api sebelum dibawa ke klinik berhampiran oleh orang awam.

Menurut Komander Operasi, Heiruddin Ealhi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati sembilan deretan kedai satu tingkat jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,” katanya.

Sebanyak 10 kenderaan berhampiran turut terjejas akibat kebakaran tersebut.

Pasukan bomba berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 2.28 pagi dan operasi tamat sejurus selepas kerja-kerja pemadaman selesai.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan