Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Walaupun hampir 92 peratus penduduk dunia kini mempunyai akses asas kepada elektrik, lebih 666 juta orang masih hidup tanpa kemudahan itu, menurut laporan yang diterbitkan pada Rabu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsinya. Foto hiasan Envato

666 juta penduduk dunia masih tanpa bekalan elektrik – Laporan PBB

ByBernama

NEW YORK, 27 Jun: Walaupun hampir 92 peratus penduduk dunia kini mempunyai akses asas kepada elektrik, lebih 666 juta orang masih hidup tanpa kemudahan itu, menurut laporan yang diterbitkan pada Rabu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsinya.

Walaupun kadar akses tenaga asas telah meningkat sejak 2022, laporan itu memberi amaran bahawa kadar semasa masih tidak mencukupi untuk mencapai akses sejagat menjelang 2030, iaitu satu daripada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Walaupun terdapat kemajuan, jurang ketaksamaan serantau kekal ketara. Laporan itu menganggarkan seramai 1.5 bilion orang di kawasan luar bandar masih tiada akses kepada penyelesaian memasak bersih manakala lebih dua bilion orang terus bergantung kepada bahan api yang mencemarkan dan berbahaya seperti kayu api dan arang untuk keperluan memasak.

“Walaupun terdapat kemajuan di beberapa bahagian dunia, pengembangan bekalan elektrik dan akses memasak bersih masih berjalan dengan amat perlahan, khususnya di Afrika,” kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol, memandangkan 85 peratus penduduk dunia yang tidak mempunyai akses elektrik berada di sub-Sahara Afrika.

Laporan itu mengenal pasti kekurangan pembiayaan yang mencukupi dan mampu milik sebagai punca utama ketidaksamaan serantau dan kemajuan yang perlahan, sambil menekankan bahawa “walaupun aliran kewangan awam antarabangsa ke negara membangun bagi menyokong tenaga bersih telah meningkat sejak 2022, namun jumlah yang diterima pada 2023 jauh lebih rendah berbanding 2016.”

Laporan itu menggesa kerjasama antarabangsa yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta untuk meningkatkan sokongan kewangan kepada negara membangun, khususnya di sub-Sahara Afrika. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan