Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan individu termasuk lima wanita terlibat dalam penagihan dadah awal tahun ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Litar Belaga untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama dua tahun.

Sembilan penagih dadah diperintah jalani rawatan dan pemulihan

SIBU, 26 Jun: Sembilan individu termasuk lima wanita terlibat dalam penagihan dadah awal tahun ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Litar Belaga untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama dua tahun.

Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu berkata perintah berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa 24 Jun.

Beliau berkata kesemua orang kena jamin (OKJ) berusia 30 hingga 59 tahun yang berasal dari kawasan Sungai Asap, Belaga itu telah didapati positif dadah pada Februari dan April lepas.

“Empat daripada mereka ialah wanita yang merupakan suri rumah manakala seorang lagi pekerja am. Empat OKJ lelaki pula bekerja sebagai pekebun. Pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun turut termasuk dalam kalangan sembilan OKJ tersebut,” katanya kepada Bernama.

Jurucakap itu berkata semua OKJ dikehendaki melaporkan diri setiap bulan serta wajib mengikuti program rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang dikendalikan AADK Daerah Sibu di Bahagian Kapit.

Beliau berkata mereka juga perlu berusaha dengan gigih bagi mengelakkan diri daripada kembali terjebak dalam penagihan dadah agar kekal bebas daripada bahan terlarang itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan