Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AGC telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA. Foto Bernama & AGC.

Dana ARMADA: AGC fail rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan notis rayuan itu difailkan hari ini setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

“Proses rayuan itu merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman yang membenarkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang lebih rendah. la adalah amalan biasa dalam proses perundangan negara dan tidak mencerminkan sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Pemfailan rayuan ini bertujuan memastikan isu-isu perundangan yang timbul daripada keputusan Mahkamah Rayuan dapat diteliti dan diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan, selaras dengan prinsip keadilan dan tadbir urus undang-undang yang telus,” menurut kenyataan itu.

Semalam, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Nov 2023.

Hakim Noorin yang membacakan keputusan sebulat suara itu berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat terhadap Syed Saddiq selain tiada keterangan serta fakta kukuh yang menyokong berkaitan salah guna harta manakala pertuduhan pengubahan wang haram tidak dapat dipertahankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan