Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Faiz Fadzil pada majlis penyerahan projek khas perumahan nelayan di Bekenu, hari ini. Foto LKIM

Projek khas perumahan nelayan bela nasib komuniti nelayan di Bekenu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 26 Jun: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terus komited membela kebajikan komuniti nelayan menerusi Program Penyerahan Projek Khas Perumahan Nelayan di Bekenu.

Pengerusi LKIM, Muhamad Faiz Fadzil berkata, program itu merupakan salah satu platform untuk mendekati golongan sasar, khususnya nelayan di kawasan berkenaan, di samping memberi ruang interaksi secara langsung bersama pihak pengurusan tertinggi agensi tersebut.

“Seramai enam orang peserta menerima ‘Mock House’ di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan Kategori Bina Baru dengan jumlah keseluruhan peruntukan mencecah RM601,643.20,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bantuan berkenaan dijangka mampu meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti golongan nelayan di Sarawak sejajar komitmen LKIM untuk memacu pertumbuhan sektor perikanan negara secara mampan.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan kepentingan agar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri terus mempelbagaikan projek ekonomi demi memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahli, selari dengan objektif penubuhannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan