Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 24 pasukan melibatkan sekolah tempatan dan akademi luar negara bakal menyertai Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Premier 7 sebelah (7s) yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Julai ini. Foto hiasan Envato

Akademi ragbi dari Fiji sertai MCKK Premier 7s

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Sebanyak 24 pasukan melibatkan sekolah tempatan dan akademi luar negara bakal menyertai Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Premier 7 sebelah (7s) yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Julai ini.

Pengarah Pertandingan Muhammad Asri Rafai berkata kejohanan edisi ke-13 itu turut menyaksi penyertaan pertama kali akademi ragbi dari Fiji, Serevi Rugby Academy untuk bersaing bersama Shizuoka Seiko Academy (Jepun), SMA Darunnajah (Indonesia) dan Vajiravudh College (Thailand).

“Ini merupakan kali pertama pasukan dari Fiji menyertai kejohanan ini selepas beberapa kali kita cuba bawa mereka.

“Selain itu, kita bawa empat pasukan luar untuk beri peluang pasukan tempatan merasai pengalaman bermain menentang mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.

Sementara itu, antara pasukan tempatan yang mengambil bahagian pada tahun ini adalah juara bertahan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), naib juara tahun lepas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga (Aras), MCKK selaku tuan rumah, Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Pada edisi lepas, SSTMI menjadi juara kejohanan itu selepas menewaskan Aras 36-5. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan