Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan dif-dif kenamaan memegang poster PYFCT 2025 di Baitulmakmur II, hari ini. Foto TVS.

PYFCT 2025: PETRONAS perkasa bakat muda Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 26 Jun: Kejohanan PETRONAS Youth Football Closed Tournament 2025 (PYFCT 2025) kembali dengan skala lebih luas dengan penyertaan pendekatan lebih inklusif selaras usaha PETRONAS memperkasa belia melalui sukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan ini bakal diperluaskan ke Bintulu dalam memastikan penyertaan yang lebih menyeluruh dari seluruh pelosok negeri.

“PYFCT 2025 bukan sekadar menampilkan bakat bola sepak dalam kalangan belia Sarawak, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah, semangat kepimpinan dan semangat kesukanan.

“Untuk tahun ini, kejohanan akan diadakan di dua lokasi (Kuching dan Bintulu), dengan format yang lebih luas bagi memberi peluang penyertaan kepada lebih banyak pasukan. Kuching akan menjadi tuan rumah dari 5 Julai hingga 13 September 2025, manakala Bintulu bakal menganjurkan kejohanan perintis dari 5 Oktober hingga 22 November 2025.

Kejohanan PETRONAS Youth Football Closed Tournament 2025 (PYFCT 2025).

“Sebanyak 92 pasukan daripada 22 akademi dan sekolah akan bertanding di Kuching, manakala peringkat Bintulu dijangka menyaksikan 24 pasukan mewakili 12 akademi dan sekolah,” katanya dalam sidang media kejohanan tersebut bertempat di Baitulmakmur II, hari ini.

Bagi mengalu-alukan penyertaan para pemain serta simbolik permulaan kejohanan tahun ini, Majlis Pengenalan Pasukan dan Upacara Pembukaan bagi kategori PSK 10 dan PSK 12 akan diadakan pada 29 Jun ini bertempat di Mydin Hypermall Petra Jaya.

Pada masa sama, edisi tahun ini turut menyaksikan pelancaran aplikasi mudah alih rasmi PYFCT 2025 yang membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan kejohanan secara langsung.

“Dengan pelancaran kejohanan ini, kita turut memperkenalkan aplikasi mudah alih menerusi platform Easy Tournament yang membolehkan ibu bapa, peminat sukan dan orang ramai mengikuti perkembangan kejohanan secara masa nyata. Melalui inisiatif ini, kita bukan sahaja membina bakat muda, malah turut bergerak seiring dalam aspek pemodenan teknologi,” ujarnya.

Sebagai pelengkap kepada siri kejohanan, PETRONAS julung kalinya turut memperkenalkan PETRONAS Youth Football Champions League 2025 (PYFCL) yang akan berlangsung dari 29 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026 di Kuching.

Ia bakal menjadi penutup rasmi musim pertandingan dan satu lagi pentas untuk menonjolkan bakat terbaik dari seluruh negeri.

Abdul Karim turut merakamkan penghargaan kepada PETRONAS atas komitmen berterusan dalam memacu pembangunan belia melalui sukan, selain mengiktiraf peranan rakan strategik seperti Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Kuching City Football Club (KCFC), Sarawak Sports Corporation (SSC), TVS dan Bintulu Football Association (BIFA).

“Inisiatif seperti PYFCT ini menunjukkan bagaimana sektor korporat dan kerajaan boleh bekerjasama membina masa depan generasi muda yang cemerlang melalui sukan. Kita harap lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan,” ujar beliau lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan