Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat dipanggil polis sambut hari jadi langgar SOP

ByFirdaus Ismail

UALA LUMPUR, 19 Sept : Empat individu telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan aktiviti sosial di sebuah premis di Bukit Bintang seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan berkenaan dilakukan sejurus pihaknya mengesan satu klip video yang menunjukkan sekumpulan individu sedang menyambut hari jadi di premis berkenaan.

” Polis mendapati aktiviti sosial yang diadakan menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menerusi video berdurasi satu minit satu saat itu yang dikongsi oleh satu akaun Twitter, sekumpulan individu kelihatan sedang meraikan majlis berkenaan dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal walaupun memakai pelitup muka.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit .

” Kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya apabila ia lengkap dan pada masa sama, polis menasihatkan orang awam agar menyalurkan maklumat berkaitan perlanggaran SOP dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan