Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi, Putrajaya di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Usaha perangi karenah birokrasi diperluas di semua agensi bawah Kementerian Komunikasi

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 26 Jun: Kementerian Komunikasi akan memperluaskan usaha mengatasi kerenah birokrasi di semua agensi bawah kementerian itu.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil selepas kejayaan kementerian itu yang diiktiraf berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, semalam.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, antara kejayaan yang diperoleh pihaknya ialah meningkatkan kecekapan kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada tujuh hari.

“Ada beberapa agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi menyaksikan isu karenah birokrasi diteliti dan direformasi serta ditambah baik, contohnya Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang sebelum ini mengambil masa lama untuk memproses permohonan.

“Tetapi sewaktu kita luncurkan GPP 6.0 pada April yang lalu, maka beberapa perkara telah dipermudahkan terutama melibatkan penganjuran konsert dan juga aktiviti penggambaran sama ada oleh artis antarabangsa ataupun syarikat-syarikat perfileman dari luar negara,” katanya dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Semalam, Shamsul Azri berkata, kementerian komunikasi merupakan antara tiga kementerian yang berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dan telah diberikan sijil khas penghargaan atas kejayaan tersebut.

Menurut beliau, kejayaan kementerian itu dalam meningkatkan kecekapan kelulusan skrip filem asing telah memperlihatkan penjimatan kos beban peraturan sehingga RM2.4 juta per produksi sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan