Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ Cawangan Miri bersama IPD Miri melaksanakan Ops Bersepadu hari di Jalan Bintulu-Miri pada Rabu. Foto JPJ Sarawak

57 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu JPJ dan PDRM di Miri

MIRI, 26 Jun: Sebanyak 57 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, semalam.

Operasi selama dua jam bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu diadakan di Jalan Bintulu-Miri berhampiran Taman Awam Miri, dengan pemeriksaan melibatkan 120 kenderaan.

JPJ Sarawak memaklumkan, daripada jumlah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 27 saman manakala JPJ mengeluarkan 30 saman mengikut Akta Pengangkutan Jalan atas pelbagai kesalahan.

“Seramai 14 anggota penguat kuasa terbabit dalam operasi berkenaan, terdiri daripada lapan anggota JPJ dan enam anggota polis trafik,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, manakala keadaan cuaca turut menyebelahi pasukan bertugas.

JPJ Miri turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama strategik yang terus memperkukuh pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya di negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan