Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi kebakaran rumah tidak kekal di Kampung Busung Kindu, Tuaran, hari ini. Foto JBPM

Rumah musnah dijilat api di Tuaran

ByTVS

TUARAN, 26 Jun: Sebuah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Busung Kindu, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 5.31 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi sejauh lapan kilometer.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati struktur rumah telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Jumah memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula (hose reel) dengan sumber air dari jentera.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.49 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan