Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pendaki wanita Brazil berusia 27 tahun maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia, lapor media tempatan pada Rabu. Foto fail AFP

Pendaki Brazil maut terjatuh ke dalam gaung di Gunung Rinjani, Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 25 Jun: Seorang pendaki wanita Brazil berusia 27 tahun maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia, lapor media tempatan pada Rabu, menurut Xinhua.

Agensi Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia pada Rabu memaklumkan bahawa mangsa, dengan inisial JDSP, terjatuh ke dalam gaung itu pada Sabtu lalu. Namun, disebabkan cuaca buruk dan lokasi yang sukar dicapai, usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa lebih lama daripada jangkaan. Mangsa ditemukan sudah tidak bernyawa pada Selasa apabila pasukan penyelamat akhirnya berjaya tiba di lokasinya.

Ketua Pejabat SAR Mataram di Lombok, Muhamad Hariyadi berkata seorang anggota penyelamat berjaya sampai ke lokasi mangsa di dalam gaung pada Selasa sekitar 18:00 waktu tempatan.

Pemeriksaan awal menunjukkan beliau telah meninggal dunia, kata Hariyadi.

Menurut agensi itu, mangsa mendaki Gunung Rinjani bersama enam rakannya dan seorang jurupandu tempatan. Mereka memilih laluan Sembalun dan memulakan pendakian awal pagi Sabtu. Sebaik tiba di kawasan rehat Cemara Nunggal, mangsa dilaporkan keletihan dan diminta pemandu supaya berehat.

Rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan ke puncak, meninggalkan mangsa berehat di kawasan itu. Apabila mendapati mangsa tidak menyusul kemudian, pemandu berkenaan kembali ke lokasi rehat terakhir tetapi mendapati mangsa tiada di situ. Kumpulan itu mengesyaki mangsa telah terjatuh lalu segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan