Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaliyah Yoong Hanifah. Foto: Facebook Hanifah Yoong Yin Fah.

Aaliyah ketuai cabaran Malaysia ke Kejohanan Asia 2025 di Bangkok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah yang meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Universiti Dunia 2025 di New Zealand Mac lepas bakal mengetuai cabaran Malaysia yang terdiri daripada lima atlet ke Kejohanan Ski Air & Wakeboard Asia IWWF 2025 di Bangkok dari 26 hingga 29 Jun ini.

Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) dalam kenyataan memaklumkan Aaliyah akan disertai  Syahir Nasir dalam acara slalom Lelaki Terbuka, Aiden Yoong Hanifah dan Adam Yoong Hanifah dalam acara slalom, tricks dan jump serta Aydan Noah Saisi dalam acara Wakeboard Bawah 14 Tahun.

“Aaliyah merupakan pilihan utama dalam ketiga-tiga acaranya iaitu slalom, tricks dan jump, serta dalam kategori keseluruhan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Emirul Shahimy Wahab bertindak sebagai pengurus pasukan manakala Nordin Saisi sebagai penolong pengurus pasukan.

Tiga pegawai MWWF telah dilantik sebagai pegawai teknikal kejohanan oleh Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF).

Mereka ialah Presiden MWWF Phillipa Yoong sebagai juri, Pegawai Eksekutif Sukan MWWF Nozie Sulaiman selaku scorer dan Ahli Jawatankuasa Danny Choo Hon Nam sebagai chief driver. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan