Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PDRM Dalat anjur konvoi sempena Hari Malaysia

ByNur Suhaida Muliyono

DALAT, 19 Sept: Tanggal 16 September setiap tahun merupakan satu tarikh yang penuh makna buat seluruh warga Malaysia.

Tahun ini, masuk tahun kedua sambutan disambut dalam suasana pandemik dan norma baharu sehinggakan setiap individu tampil dengan cara tersendiri dalam meraikan hari yang amat bermakna itu.

Seperti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Dalat yang menganjurkan aktiviti konvoi sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-58, 16 September lalu bagi menzahirkan kesyukuran dan penghargaan terhadap apa yang telah diperjuangkan oleh perwira negara suatu ketika dahulu.

Yang menariknya, konvoi yang telah dianjurkan bukanlah seperti apa yang sering kita dengar dan lihat.

Buat julung kalinya, PDRM Dalat menganjurkan aktiviti konvoi air dengan menaiki ‘jetski’ menyusuri Batang Oya sepanjang 28 kilometer.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintenden (DSP) Saga Chunggat sempat berkongsi detik-detik gembira mereka bersama pemberita TVS.

“Secara khususnya, program ini merupakan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat bersama Kelab Jetski Dalat yang melibatkan 13 penunggang jetski, bermula dari Waterfront Dalat sehingga Pantai Oya.

“Kami singgah di lima buah checkpoint sepanjang perjalanan tersebut iaitu Kampung Balan, Kampung Teh, Oya Square, Pekan Sabtu dan Kampung Kebuaw untuk memacakkan Jalur Gemilang,” katanya.

Sampai sahaja di setiap checkpoint, beliau akan berjumpa dengan ketua-ketua masyarakat dan menyerah bendera sebagai simbolik.

Program sederhana dengan semangat patriotik tinggi itu disambut baik oleh penduduk sekitar kawasan berkenaan.

“Kami sangat menitikberatkan pematuhan SOP serta keselamatan peserta, bermula dari awal sehingga tamat program,” ujar Saga.

Program itu bermula dari pukul 11 pagi dan tamat pada pukul 2 petang pada Khamis lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan