Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Fazzrudin Abdul Rahman pada Majlis Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak 2025 di Kolej Universiti i-CATS, Kuching, hari ini. Foto TVS

Inisiatif pendidikan Sarawak diteruskan, pelajar digesa manfaat sepenuhnya

KUCHING, 25 Jun: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasa pembangunan pelajar ke arah kecemerlangan akademik serta pembentukan modal insan berdaya saing, mandiri dan berprinsip demi merealisasikan Visi Sarawak 2030.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pelbagai inisiatif pendidikan akan diteruskan bagi memastikan setiap pelajar di negeri ini mendapat akses pembelajaran berkualiti dan berpeluang menyerlah dalam bidang kepakaran masing-masing.

“Taklimat ini penting supaya pelajar tahu mengenai insentif yang ditawarkan kerajaan. Kita mahu mereka rebut peluang ini dan berkongsi maklumat dengan keluarga atau rakan supaya tiada yang tercicir daripada manfaat pendidikan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata program taklimat itu akan diperluaskan ke beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Politeknik, Swinburne University, Curtin University, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan beberapa lagi IPTA serta IPTS di bawah kerajaan negeri.

Katanya, meskipun belum dirancang untuk dilaksanakan di peringkat sekolah, kerajaan tidak menolak kemungkinan berbuat demikian pada masa akan datang melalui pelbagai medium lain yang menyantuni pelajar sekolah.

Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk Strategi dan Matlamat PCDS 2030, Dasar Ekonomi Baharu, Program Inovasi dan Pembangunan Bakat serta sokongan kebolehpasaran graduan melalui program SCOPE Sarawak.

Turut diperkenalkan ialah Dana Pinjaman Pendidikan Sarawak (PPS), Skim Pinjaman Komputer Riba, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH), Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS), serta Biasiswa Yayasan Sarawak dan TEGAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan