Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata kesemua program itu melibatkan bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional. Foto TVS

Tiga kursus baharu i-CATS terima kelulusan bersyarat Kementerian Pengajian Tinggi

KUCHING, 25 Jun: Tiga daripada 12 kursus baharu yang dirancang ditawarkan Kolej Universiti i-CATS kepada anak Sarawak telah menerima kelulusan bersyarat daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata kesemua program itu melibatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merangkumi Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam kecerdasan buatan (AI), sains data, kejuruteraan tenaga, avionik dan lain-lain bidang berkaitan.

Beliau berkata, tiga kursus yang telah mendapat kelulusan bersyarat itu dijadual mula ditawarkan pada Januari 2026.

“Manakala baki kursus lain akan diperkenalkan secara berperingkat mulai Mac dan Ogos tahun hadapan.

“Pada masa sama, kita turut menyasarkan peningkatan kadar pendaftaran pelajar dalam bidang TVET ke tahap lebih tinggi berbanding sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media sempena Majlis Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di kampus i-CATS, hari ini.

Katanya, i-CATS menyasarkan status universiti penuh menjelang tahun 2026 selain bakal membuka kampus baharu di Trombol yang bakal mula dibina pada Februari tahun yang sama.

“Selain menambah program baharu, i-CATS turut menetapkan sasaran peningkatan jumlah pelajar kepada 3,000 orang menjelang 2026, berbanding lebih 1,000 pelajar ketika ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan