Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan Kyrgyz mendesak Israel segera menghentikan penindasan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Foto Afiq Johari (TVS).

Malaysia, Kyrgyz desak Israel henti pencerobohan, genosid di Gaza

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 25 Jun: Malaysia dan Republik Kyrgyz senada mendesak Israel menghentikan segera segala bentuk pencerobohan, penjajahan dan tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dengan serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menegakkan hak asasi manusia mencerminkan sikap hipokrasi dalam kalangan pemimpin negara-negara barat terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin.

“Kedua-dua negara menggesa Israel menghentikan keganasan, penjajahan dan genosid, serta memberikan keselamatan dan keadilan kepada rakyat Gaza yang telah lama dan berterusan menderita kerana kegagalan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Anwar berkata demikian sidang media bersama Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov di sini, hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan mendalam dengan Presiden Iran serta menghubungi Emir Qatar, dalam usaha mencari penyelesaian damai dan menyokong inisiatif diplomatik bagi mencapai gencatan senjata antara Israel dan Iran.

“Saya juga menerima mesej peribadi daripada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, menyokong gencatan senjata dan memastikan semua negara, khususnya negara Islam, menyokong keamanan, dan mengutuk pencerobohan berterusan oleh Israel,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Zhaparov turut menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah yang boleh menggugat kestabilan serantau.

“Kami menyokong usaha masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam menghentikan permusuhan, menangani krisis kemanusiaan di Gaza dan memulakan semula dialog politik,” katanya.

Zhaparov turut menegaskan sokongan negaranya terhadap hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara merdeka serta menjadi anggota penuh PBB, selaras dengan prinsip “dua negara untuk dua bangsa” yang digariskan oleh resolusi PBB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan